CATATAN UNTUK PENGAWAL KESELAMATAN
BERSATULAH PENGAWAL KESELAMATAN
Bersatulah pengawal keselamatan semua,,, bukan sekadar untuk membela nasib kita yang sudah lama ditindas tetapi kita bersatu untuk kekuatan kita di masa akan datang supaya tidak ada lagi penindasan terhadap kita dan kita bersatu untuk memberi faedah sesama kita.
Kita saling bantu membantu dan bekerjasama untuk memantapkan dan meningkatkan martabat pengawal keselamatan dan kita mampu untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kerjaya pengawal keselamatan.
Jika pengawal keselamatan bersikap tunggu dan lihat dulu untuk mendapat faedah dahulu sebelum mahu menjadi ahli musga maka segala apa yang dirancang oleh pengurusan MUSGA untuk membantu pengawal keselamatan akan menjadi perlahan dan lambat dapat memberi faedah kepada semua pengawal keselamatan.
Musga ditubuhkan oleh sekumpulan pengawal keselamatan bukan oleh ahli koperat datuk datuk atau YB YB... tetapi hanya oleh pengawal keselamatan yang melihat masa depan pengawal keselamatan boleh diubah untuk menjadi lebih baik dengan bersatu dalam persatuan.... Itu yang Pengawal Keselamatan perlu faham.... Jangan masuk menjadi ahli hari ini terus nak faedah... kita terus mahukan imbuhan dari persatuan tetapi.. Hari ini kita bersatu supaya kita kuat di masa akan datang supaya kita tidak lagi ditindas...
Apa yang kita boleh kongsi.. kita kongsi bersama. Samada ilmu ada pengetahuan tentang kerjaya kita atau Akta Kerja.... tentang apa jua yang boleh membela nasib kita kita kongsi bersama-sama. dan In Sya Allah.. satu hari nanti dan kita akan menjalankan perniagaan atau perkhidmatan kawalan keselamatan kita sendiri untuk meningkatkan ekonomi pengawal keselamatan.
KERJAYA MULIA YANG TERABAI
KERJAYA PENGAWAL KESELAMATAN ADALAH SATU KERJAYA YANG MULIA DISISI ALLAH.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN ADALAH MENJAGA KESELAMATAN HARTA BENDA ORANG LAIN DENGAN MENGORBANKAN MASA TENAGA SERTA KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA.
Peranan pengawal keselamatan adalah besar dalam menjaga keselamatan, walaupun tidak seperti anggota polis dan tentera tetapi pengawal keselamatan terlebih dahulu menghadap penjenayah.
Namum begitu pihak majikan mengabaikan pengawal keselamatan demi keuntungan.
Pengiraan gaji yang tidak betul, pemotongan yang tidak dicarum, pemotongan sesuka hati, kerahan tenaga yang dipaksa, pengabaian kebajikan pengawal keselamatan, hak yang dinafikan, kebebasan bersuara yang disekat, pelanggaran akta, pengurusan yang kurang cekap, lantikan pegawai yang tidak layak dan banyak lagi penindasan terhadap PENGAWAL KESELAMATAN.
Kita ditindas bukan kerana majikan kita itu kuat tetapi kita ditindas kerana kita sendiri tidak bersatu. Sejak dari dulu lagi kita diugut oleh majikan kita.. Kita sebagai pekerja, kita ditipu dan kita terpaksa merelakannya kerana kita memerlukan pekerjaan untuk menyara keluarga.
PENGAWAL KESELAMATAN kena ubah cara berfikir..... Kena ubah cara bertindak.... untuk maju kehadapan seiring dengan kerjaya lain.
Sokongan dan kerjasama dari semua pengawal keselamatan amat diperlukan namun begitu MUSGA tidak memaksa pengawal keselamatan untuk menjadi ahli MUSGA tetapi MUSGA menyeru semua pengawal keselamatan supaya Bersatu di dalam Persatuan pengawal keselamatan. MUSGA adalah Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia supaya kita dapat mengubah persepsi masyarakat yang memandang rendah terhadap pengawal keselamatan. Kita jadikan kerjaya pengawal keselamatan satu kerjaya yang dihormati dan disegani satu hari nanti.
In Syaa Allah... jika kita bersatu segalanya akan dipermudahkan. Marilah kita bersatu dalam Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia (MUSGA) agar kita dapat membela nasib kita sendiri dan kita dapat meningkatkan ekonomi kita sendiri dan kita saling bantu membantu untuk menjaga kebajikan kita sendiri
Ulasan
Catat Ulasan