FAEDAH KEAHLIAN MUSGA

Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan semestinya MUSGA ditubuhkan untuk memberi kebaikan kepada ahli. 

Tanpa sokongan dari Pengawal Keselamatan ianya akan berkubur seperti pertubuhan Pengawal keselamatan yang ditubuhkan sebelum MUSGA.

Dalam usaha untuk memberi kebaikan kepada ahli. Pihak Musga merangka kerja  yang akan memberi faedah kepada ahli. Antara rancangan yang dirangka adalah

  1. Penubuhan Kesatuan Sekerja Pengawal Keselamatan
  2. Penubuhan Akademi Musga
  3. Penubuhan Koperasi Musga
  4. Penubuhan Yayasan Musga

Kesatuan Sekerja akan memberi faedah pembela dan kebajikan kepada ahli KPKM. Selama ini pengawal keselamatan ditindas oleh majikan tetapi tidak berani bersuara kerana takut kehilangan kerja. Dengan adanya kesatuan pengawal keselamatan mempunyai satu badan yang akan mewakili pengawal untuk menuntut hak.

Kesatuan Sekerja juga akan mewujudkan Skim Insuran Berkelompok bagi menjaga kebajikan dan menjamin masa depan.

Akademi Musga bakal melahirkan Pengawal Keselamatan yang berkualiti berketrampilan tinggi dan mempunyai jatidiri yang akan mengubah persepsi masyarakat terhadap pengawal keselamatan.

Usahasama Musga bersama Swiss (Selangor Wilayah Industri Security Society dalam usaha memartabatkan kerjaya pengawal keselamatan menerusi Kursus yang akan dijalankan bersama USIM. 

Kemahiran kerja pengawal keselamatan akan ditambahbaik dari masa ke semasa dengan kursus yang dianjurkan.

Gaji pengawal keselamatan akan ditingkatkan melalui gred kemahiran yang dimiliki.

Koperasi Musga akan menjadi pemangkin ekonomi pengawal keselamatan serta keluarga. Sekian lama gaji pengawal berada ditahap gaji minima malah ada yang ditipu kiraan oleh majikan. 

Koperasi diwujudkan bagi menambah pendapatan dan menjamin masa depan pengawal keselamatan. Sebagai platform transformasi kepada pengawal keselamatan yg meninggalkan kerjaya PENGAWAL KESELAMATAN.

Yayasan Musga sebagai pusat bantuan kepada pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan tergolong dalam golongan B40 yang berpendapatan rendah. Sering dipandang rendah dan dikatakan kerjaya tiada masa depan.

Bermula dengan TABUNG KEBAJIKAN MUSGA, Musga akan terus berusaha membantu ahli bagi meringankan beban yang ditanggung. Sertai Tabung Kebajikan Musga sekarang... Sehingga suatu masa nanti akan wujud YAYASAN MUSGA.


Semua ini akan berkubur jika Pengawal keselamatan tidak mahu mengubah pemikiran, tidak mahu bersatu, malah memperlekehkan usaha yang dilakukan. Faedah yang ada akan berlalu pergi.

Ubah minda, ubah cara

Cara berfikir, cara bertindak


KEMBALI KE HALAMAN SERTAI MUSGA

KEMBALI KE HALAMAN MENGENAI MUSGA

KEMBALI KE HALAMAN MUSGA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CATATAN UNTUK PENGAWAL KESELAMATAN

BAGAIMANA NAK JADI AHLI MUSGA