Tujuan Penubuhan Kesatuan Sekerja
PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA PENGAWAL KESELAMATAN
Kerjaya Pengawal Keselamatan telah lama bertapak dalam negara kita, dan pengawal keselamatan telah lama ditindas ditipu dan exploitasi oleh majikan yang mementingkan keuntungan sahaja dalam perniagaan mereka.
Tiada pihak yang tampil untuk membela pengawal keselamatan, ramai yang memandang rendah terhadap kerjaya pengawal keselamatan, ramai yang mencari salah pengawal keselamatan tanpa mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengawal keselamatan.
Kesatuan Sekerja Pengawal Keselamatan amat penting untuk mengubah masa depan pengawal keselamatan,
Kesatuan Sekerja Pengawal Keselamatan akan mewakili komuniti pengawal keselamatan untuk bersuara hingga ke peringkat Parlimen bagi menuntut Hak pengawal keselamatan.
Kesatuan Sekerja Pengawal Keselamatan memerlukan sokongan padu dari pengawal keselamatan bagi merealisasikan impian dan perubahan dalam kerjaya pengawal keselamatan.
Tidak adalah kesalahan kepada mana mana pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja yang berdaftar.
TUJUAN KESATUAN SEKERJA PENGAWAL KESELAMATAN DIWUJUDKAN
1. Mengatur perhubungan antara pekerja-pekerja dengan majikan majikan bagi maksud menggalakkan perhubungan perusahaan yang baik, memperbaikkan syarat-syarat pekerjaan, memperbaikan status sosial dan ekonomi pekerja-pekerja dan meningkatkan produktiviti.
2. Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara majikan dengan majikan.
3. Mewakili pekerja-pekerja atau majikan-majikan dalam pertikaian perusahaan.
4. Menjalankan atau mengendalikan pertikaian perusahan dan perkara -perkara yang berkaitan dengannya.
5. Menganjurkan atau membiayai mogok atau memperuntukkan gaji atau faedah-faedah lain kepada anggota-anggotanya semasa mogok dijalankan.
6. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, seminar, dialog dan sebagainya.
7. Menerbit jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain.
8 Menubuhkan dan mentadbirkan tabung kebajikan dan secara amnya melaksanakan apa-apa objektif kesatuan sekerja yang sah.
PERUNTUKKAN KEPADA PEKERJA
Akta Kerja 1955 BAHAGIAN II SEKSYEN 8 memperuntukan
Tiada apa-apa dalam kontrak perkhidmatan yang dalam apa-apa cara pun, menghadkan hak mana-mana pekerja yang menjadi pihak kepada kontrak itu
A. Untuk memasuki kesatuan sekerja berdaftar.
B. Untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja berdaftar sama ada sebagai pegawai kesatuan itu atau selainnya atau,
C. Untuk bersekutu dengan mana-mana orang lain untuk tujuan menubuhkan Kesatuan Sekerja menurut akta kesatuan sekerja 1959
Suruhanjaya hak asasi manusia (SUHAKAM)
Artikel 23 SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA menyatakan
1. Setiap orang mempunyai hak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan memuaskan baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran.
2. Setiap orang tanpa sebarang diskriminasi berhak menerima gaji yang setimpal dengan kerja
3. Setiap orang yang bekerja mempunyai hak kepada Ganjaran yang adil dan memuaskan baginya untuk menjamin diri dan keluarganya satu kehidupan yang setimpal dengan maruah seorang manusia dan ditambah jika perlu oleh perlindungan sosial yang lainnya.
4. Setiap orang mempunyai hak untuk menubuhkan dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi perlindungan kepentingan-kepentingan nya
PENGAWAL KESELAMATAN PERLU BERANI
PENGAWAL KESELAMATAN perlu BERANI,,,,
BERANI untuk berubah,,, BERANI untuk mengubah,, UBAH cara berfikir,,, UBAH cara bertindak
Ulasan
Catat Ulasan