KOPERASI MUSGA

KOPERASI MUSGA

Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi pengawal keselamatan melalui KOPERASI MUSGA.

KOPERASI MUSGA adalah pemangkin ekonomi pengawal keselamatan serta isirumah bagi meningkatkan pendapatan keluarga pengawal keselamatan.

Koperasi Musga juga adalah satu platform Tranformasi kepada pengawal keselamatan yang akan menamatkan kerjaya pengawal keselamatan.

Koperasi Musga akan diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada ahli Musga serta pengguna lain dan faedah dari keuntungan aktiviti perniagaan akan dinikmati oleh setiap AHLI KOPERASI MUSGA.

KOPERASI MUSGA akan diwujudkan disetiap negeri secara berperingkat dan mengikut kemampuan MUSGA.

TUJUAN PENUBUHAN KOPERASI MUSGA

Apabila ramai pengawal keselamatan bersatu serta menjadi ahli koperasi, kekuatan dari segi ekonomi dapat ditingkat.

Pelbagai aktiviti perniagaan dapat dijalankan oleh ahli sebagai penambah pendapat isi rumah.

Dengan adanya KOPERASI MUSGA kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada pengawal keselamatan yg selama ini ketinggalan.

KOPERASI MUSGA ditubuhkan sebagai platform kepada pengawal keselamatan apabila mencapai usia 60 tahun, pengawal keselamatan tidak lagi dapat menyambung kerjaya pengawal keselamatan dan tiada pulak pencen untuk Pengawal Keselamatan.

Koperasi Musga akan menjadi platform bagi pengawal keselamatan untuk menjalankan perniagaan kecil untuk terus mencari rezeki.

MANFAAT MENJADI AHLI KOPERASI*

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.

Biasanya koperasi menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan untuk ahli-ahli.

Modal perniagaan datang dari caruman setiap ahli. Keuntungan daripada perniagaan akan dibahagikan kepada anggota-anggota dalam bentuk dividen.

Selain daripada dividen, anggota-anggota koperasi juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan rebat perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia.

FAEDAHNYA KEPADA AHLI MUSGA

Dengan adanya KOPERASI MUSGA untuk Pengawal Keselamatan berbagai faedah dapat diberikan kepada pengawal keselamatan yang menjadi ahli koperasi.

Ianya dapat membantu menambah pendapatan ahli serta isirumah.

Berbagai jenis aktiviti perniagaan dapat dijalankan untuk membantu menambah pendapatan serta ilmu kemahiran melalui kursus yang disediakan oleh MAKTAB KOPERASI MALAYSIA.

Banyak kemudahan dapat disediakan untuk ahli.

Berbagai bantuan dari kerajaan untuk membantu rakyat dapat dinikmati melalui KOPERASI.

Koperasi mampu mengubah taraf hidup ahli dengan pengurusan yang baik telus dan saksama.

Berbagai faedah dapat dinikmati dimasa akan datang jika kita mulakan hari ini.

PERLAKSANAAN KOPERASI MUSGA

KOPERASI MUSGA dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan MUSGA CAWANGAN yang mana kemampuan tersebut diukur dari keanggotaan ahli MUSGA Negeri.

Di peringkat MUSGA Negeri koperasi yang ditubuhkan adalah koperasi Asas yang akan *menjalankan aktiviti perniagaan kecil* bagi faedah bersama.

Di peringkat MUSGA Pusat akan menyelaras perjalanan semua koperasi Musga agar ianya berjalan selaras disetiap Koperasi Musga negeri.
Apabila koperasi koperasi Musga Musga Negeri mempunyai kekuatan dan kemampuan, pengabungan koperasi koperasi Musga akan dilakukan untuk membentuk KOPERASI MUSGA MALAYSIA yang akan menjadi koperasi peringkat menengah yang akan menjalankan aktiviti perniagaan yang lebih besar dan memberi berbagai faedah serta keuntungan yang lebih kepada ahli.

PERANCANGAN EKONOMI KOPERASI MUSGA

Untuk merancang ekonomi Koperasi Musga, yang paling penting di peringkat awal perpaduan dan kerjasama serta sokongan dari pengawal keselamatan.

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada rakyat serta koperasi untuk menjana pendapatan.

Peluang sebegini tidak dapat dinikmati oleh pengawal keselamatan jika tidak bersatu dan bekerjasama menubuhkan KOPERASI MUSGA.

Setiap ahli koperasi akan mencarum syer bagi memulakan perniagaan kecil.

Dengan memulakan aktiviti perniagaan kecil seperti peruncitan, pertanian, koperasi Musga akan dapat bergerak menjana pendapatan koperasi dan memberi faedah kepada ahli serta pengguna lain.

Keuntungan koperasi serta berbagai faedah akan di kongsi kepada ahli, peluang peluang menjana pendapatan dapat diberikan kepada ahli koperasi Musga.

MEREALISASIKAN KOPERASI MUSGA

Untuk merealisasikan KOPERASI MUSGA ianya perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan MUSGA CAWANGAN.

Ianya bergantung kepada sokongan dari pengawal keselamatan yang BERSATU dalam MUSGA.

Semakin ramai ahli Musga semakin kuat MUSGA dan akan mampu untuk menubuhkan KOPERASI MUSGA disetiap negeri dan berkembang ke peringkat daerah.

Semakin banyak Koperasi Musga cawangan dibuka semakin kuat ekonomi KOPERASI MUSGA dan semakin banyak faedah akan dapat dinikmati oleh pengawal keselamatan yang menjadi Ahli Koperasi Musga.

Penubuhan Koperasi Musga amat penting kepada pengawal keselamatan sebagai platform untuk PENGAWAL KESELAMATAN membuat persiapan awal bila ditamatkan atau menamatkan kerjaya pengawal keselamatan.

MENGUBAH KEHIDUPAN PENGAWAL

Dengan adanya KOPERASI MUSGA, AHLI AHLI Koperasi Musga akan dapat meningkatkan kemahiran hidup melalui kursus kursus kemahiran jangka pendek yang disediakan oleh MAKTAB KOPERASI MALAYSIA.

Meningkatkan modal insan dalam diri pengawal keselamatan adalah satu keperluan kepada pengawal keselamatan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.

Melalui KOPERASI MUSGA juga pengawal keselamatan dapat mengubah hidup dan mengubah masa depan yang lebih baik.

Peluang peluang pekerjaan tambahan dapat diberikan kepada pengawal keselamatan untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Komuniti pengawal keselamatan besar dalam negara kita, perubahan dalam hidup pengawal keselamatan jika semua pengawal keselamatan BERSATU.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CATATAN UNTUK PENGAWAL KESELAMATAN

BAGAIMANA NAK JADI AHLI MUSGA