Penubuhan Kesatuan Sekerja
Kesatuan Sekerja bagi komuniti Pengawal Keselamatan, sangat perlu diwujudkan bagi membantu golongan Pengawal Keselamatan.
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (KPKM) telah diwujudkan oleh Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia (MUSGA) ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke 4 yang diadakan di Negeri Melaka dengan kehadiran pengawal keselamatan dari hampir seluruh Malaysia.
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah meluluskan permohonan menubuhkan Kesatuan Pengawal Keselamatan pada 25 Sept 2020.
Pengawal Keselamatan tidak boleh melihat begitu saja Kesatuan ini bergerak tanpa sokongan kuat dari pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan perlu menjadi ahli kesatuan.
Biar semua warga pengawal keselamatan Bersatu. Semalam kita lemah, Hari ini kita BERSATU, esok kita akan PADU, seterusnya kita akan JITU
Ulasan
Catat Ulasan